Monday, August 9, 2010

~aku malas update blog, skrg sudah kembali~

I am on 23 weeks of pregnancy. Syukur Alhamdulilah. fiuhhh~!!! sedar x sedar sudah 3 bulan blog aku nih mcm sudah ada penunggu... bersarang lebah laa..sarang kangaroo laa..sarang nyamok laa...gggrrrr~!! takot lak..hmmm..byk peristiwa yg best n happy berlaku dlm hidup aku dlm tempoh 3 bulan aku menyepi. Aku betol2 ade mood n tiada berdaya. Alahan aku br je sembuh skrg nih..tu pon kdg2 ada lg vomiting sbb aku lmbt mkn..bau perfume pon xleh..uuhuhuu..tgk blog pon xlalu..wawawa~! wat cemana kan..masing2 jalan hidup..ehehe~


7 aug baru2 ni aku n hubby ade join satu event ni anjuran MASCA SA (Malaysian UMNO kat South Australia nih. aku xtau full nm apa. ngeh3~!). Undergraduate student yg incharge event nih. Mmg superb ahh!! Aku impressed betol dgn bdk2 nih..dahlaa bijak pandai cerdik..pas tu lak pandai berosial. bagus betol ah! tahniah aku ucapkan! =) eh, lupa lak..tema event mlm tu.."Kampung Night 2010". eheheheee~


jeng..jeng..jeng...dah lama sungguh rsnya aku xhupdate gambo..kuikuikui~!






























Inilah sedikit sebanyak gmbr yg sempat diambil pd mlm tersebut. ehehe~ lepas mkn asyik rs mengah jer..hik3~! Hmmm...lagi 2 hari nak masuk bulan ramadhan..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua~...raya thn ni 1st tm raya kat cni bersm hubby tercinta! ngeh3~ 

Saturday, April 17, 2010

~Nausea~

Usia kandunganku mencecah 7 minggu sudah. 22 April ini akan masuk ke minggu ke-8. 22 April ini juga have an appointment of having an ultrasound for the age of baby. Semua ini masih di peringkat trimester. Sangat penting dan harus lebih berhati-hati. Nausea aku sudah bermula semalam. Sebelum ini alahan aku hanya toilet pee, constipation and eat more than usual. Tapi baru semalam ia berubah. Aku sudah mengalami nausea, muntah-muntah, rasa perot sentiasa berangin je. My frequent urination is getting down, makan pon dah tak lalu. Makan je rasa nak muntah. Pertama kali kol 3 ptg tadi aku muntah. Constipation aku pon dah sembuh. 

Aku bersyukur pada Allah. Alhamdulilah. Aku anggap ini semua lumrah hidup mommy-to-be. Ehehee~ it’s okay, 9 bulan 10 hari je..jap je..percayalah..baby mesti tolong mommy yer..baby mesti kuat. Kalau baby kuat, mommy laaaagggiiii kuat. Ehik~ cayang baby sgt2. Nama untuk boy sudah ada, nama untuk girl masih dalam pencarian. Buat masa sekarang, hanya sebut baby sebab belum tau gender lagik. Ngeh3~!

Alhamdulilah, daddy sangat memahami dan baikkk sangat2. Hubby sangat rajin membantu aku yang kurang upaya di masa sekarang. Dulu aku suka sangat memasak pelbagai masakan. Setiap hari aku akan ubah2 cara masakan supaya hubby aku terhibur dan berselera dengan masakan aku. Tapi kini segala-galanya telah berubah. 

Memang seperti kata orang-orang berpengalaman. Di masa wifey preggy, si hubby lah orang yg harus dan mesti memahami keadaan wifey. Mood swing memanjang. Kadang2 ade je tak kena. Aku pon fenin apsal laa aku cani. Uhuhu. Aku cian my hubby. Tak rela tgk sume keja rumah hubby yang buatkan walhal asalnya aku yang mesti buat. Tapi takpe, sume ni hanya sementara. insyaAllah, nanti alahan ni dah sembuh, keadaan akan kembali seperti biasa. Ehee~ Dun worry ye Bie. Jap je ea cyg mucho2. Ehik~

Beberapa hari yang lalu ketika usia kandunganku masih 6 minggu, aku n hubby kuar jenjln n pastu kami singgah umah Kak Aiyu lepas maghrib. Waahhhh~!!!Kak Aiyu memang sangat pandai memasak. Air asam memang fevret aku dari kecik2 lagi. Dinner yang kami nikmati sungguh menyelerakan aku. Kepakaran aku memasak juga mendapat ilham dari Kak Aiyu. ngeh3. Aku rasa itulah kali terakhir aku begitu berselera makan. hahaha~ Selepas itu, trus tidak lalu sebab alahan sudah bermula. ehehehe~ Pengalaman indah bagiku. Thanxs soo much Kak Aiyu, hubby n Ukail (their son). 



~Kejadian ini adalah a couple of weeks ago~

(Kak Ina, Kak Leeza n her mom. Makcik dah balik Mesia.)


Tuesday, April 13, 2010

~6 weeks~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah..jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia,
sesungguhnya Engkau adalah dzat yang boleh menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubat-Mu yang tidak akan membawa penyakit,

Ya Allah.. bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanMu,

Ya Allah.. keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat,

Ya Allah.. jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, punya akal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya,

Ya Allah.. berilah dia umur yang panjang, badan sihat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al quran dengan mendapat berkahnya Nabi Muhammad S.A.W.

Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.

Doa yang kuamalkan setiap kali lepas solat. Kumohon pada-Mu Ya Allah. Amin.


~Inilah rupaku dikala kandunganku mencecah 6 weeks. ehik!~








~Gambar2 di atas ni mlm tadi kuar beli makanan. Tgh2 mlm lapar. ehehehee~


Celik-celik mata subuh tadi terasa sakit tekak. sangat sejuk bagiku. aku check weather. hah!!patuttlerr..8 degree C...gggggrrrrrr~!! sentuh air rs mcm sentuh ais. muahahaha~ sebaik ade hot water n cold water. Dapatlaa warm water antara dua tuh. ekekeke~ Skrg dh ke tgh hari, rsnya suhu dah naik ke belas2an. =) Hav a nice day all~!!! yehaaaa!! =D

Monday, April 5, 2010

~Sweet-1~

3rd of April 2010 – Our 1st Anniversary~!! Ehik~! Happy Anniversary Bie~! Sweet-1~! Ahaks~! =D

3rd of April 2009 – Tarikh aku n hubby diijabkabulkan. Selepas solat Isya’. Alhamdulilah,

4th of April 2009 – Majlis perkahwinan yang diadakan di Pokok Sena, Kedah.
11th of April 2009 – Majlis sambut menantu yang diadakan di Manjoi, Ipoh, Perak.

Segala2nya sudah setahun. Sungguh aku tidak sangka sudah setahun rupanya usia perkahwinan kami. Aku masih terngiang-ngiang riuh rendah orang kampong menyiapkan masakan. Ikut adat aku, mak ayah aku memang suka cara “Pakat”. Maksudnya, orang-orang kampung akan datang membantu untuk masakan dan serba-serbi. Pendek kata, kami sebuah keluarga yang rapat. Setiap selok belok apa yang berlaku, pasti jiran sekampung akan datang membantu terlebih dahulu. Mereka sudah ibarat sedara kita sendiri di kala kita senang dan sudah. Di samping itu, aku berasa sangat teruja dan terharu disebabkan semua sedara mara aku di seluruh pelosok Malaysia termasuk Thailand datang ke majlis kami. Ya Allah, terima kasih tak terhingga. Syukur, majlis selesai dengan lancar dan sempurna.

Manakala majlis di rumah besan mak ayah aku diadakan secara “Catering”. Aku tidak kisah. Bagi aku sama saja. Apa yang penting majlis yang dijalankan dapat diraikan dengan semua orang. Istimewanya majlis di Ipoh ni, ada adat bersanding. Menepung tawar n so on..ehehee~! Majlis di Kedah tiada menepung tawar cuma pelamin je disediakan untuk gambaran sepanjang majlis. Aku tidak kisah. Asalkan mak ayah aku bahagia. Cara yang dilaksanakan di Ipoh memang agak berbeza dengan di Kedah. Walo cemanepon, aku tetap suka n bahagia dengan kedua2 cara. Itu rezeki dan pengalaman aku. Alhamdulilah.

Eh, kawan ade tanya, anniversary korang sambut katne?..ehee…Hubby blanje makan malam yang sangat the very special lah~! Kikiki~! “Pondok Bali Restaurant”. Masakan Indon. Kak Aiyu yang suggestkan kat aku. Thanxs kak~!. Memang sedap dan best. Suasana is sooo romantika di amour~..hahaha! Aku makan sampai penuh perot sebab lapar sungguh sejak akhir2 ini. Makan je kojenyer. Pastu nak tido. Adooyaiii~!maunyer xgemok kalo rupe ini. Ngehehee~!



~Gambar aku je. Biasalaa En Hubby aku sgt pemalu. Dia xnak gmbr dia dipublish terang2an. muihihihihi~!


Bie, timaceh cgt2 sbb menerima ayg seadanya,menerima ayg yg degil, menerima ayg slalu potpetpotpet, menerima ayg yg xbrapa manis ni, menerima ayg sebagaimn diciptakn Tuhan. Ayg brsyukur pd Allah di atas segala kebahagiaan yg diberi. Bie, andaikata hubungan kita terpisah seketika di liang lahad, doakan kita akan bertemu semula di syurga sana. InsyaAllah. Luv u mucho2~!!!!!

Sungguh aku tidak sangka aku n hubby mendapat hadiah di hari ulangtahun perkahwinan kami walopon kami jauh dari perantauan.
The most precious gift form Allah for our First Anniversary. Bersyukur sangat2 kepada Allah. Aku terduduk menangis kegembiraan. Aku dibantui hubby. Hubby turut sebak.

Double line. Masih awal. Alhamdulilah. Doakan selamat hingga ke syurga. Amin.

Wednesday, March 31, 2010

~Pertama Kali~

9-12 April 2010, Football Tournament Melbourne Cup 2010.

Gud Luck Bie~! U can do it~! Yehaaaa~!!! =)

Hmmm..aku tinggal sorang2 jap dlm tempoh tuh. Ni laa pertama kali since aku kat cni, hubby tiada di sisi sekejap even for 4 days. Uhuhu. Mula2 memanglaaa nak itottt~!!! Tp memandangkan tiada pompuan yg turut serta, takkan lerrr aku nak nyibok kan diri ikot. Tak malu betol. Muahahaha~!

Aku biasa je ikot hubby gi men futsal dgn kwn2 dia sekitar Adelaide ni tp itu utk suke2..bukan utk ape2 tournament. Kali ni jauh la plak. Diorg pegi dgn 4 buah Van kot. Tp aku rasa bukan Van namanya. Aku terlupa nama kenderaan itu apa tp ia dpt memuatkan more than 5 persons each. Takpe Bie, dun worry! I can take care of myself~! Haiyakkk~! =D

Alhamdulilah..aku boleh drive. So, hubby tinggalkan kete nanti, bolehlaa aku bersuka ria..wahahhaa~! iyerrrlaaaa sgt!! Ahaks~! Hmmm..aku dok piker jugak..manelaa aku nak lepak time tuh. Hubby cakap ikut suka laa ayg nak gi ane, yg penting pandai jaga diri. Ehik~! Thanxs hubby. Beliau begitu mempercayai aku. Syukur alhamdulilah. Tidak pernah sekali aku terasa terkongkong.

Mula2 aku plan nak stay umah Kak Ina n Kak Leeza. Ngehehe~! Tp diorg takde plak wiken tuh. Diorg pegi Sydney jln2 dgn family diorg dtg dari Mesia. Adoyai~!nak ikot!!kehkehkeh~!..hubby bagi aku kebenaran ikut kakak-kakak tuh tp aku pikir2 takmolaah…hubby takde..ngehehee~!..ngade2! ahaks~!

2nd planning nak ajak anak2 Kak Sof stay dgn aku utk semalam dua ke. Lagipon, I am a babysitter of her son. Dah rapat bdk2 tuh dgn aku. Tp itu sume planning. Ehee~

3rd planning ni tetiba je idea datang melulu. Muihihihi! Ketika itu aku menemani hubby meeting for football tournament tuh kat Swinging Bowl. Swinging Bowl ni satu2nya kedai makanan Melayu yang sememangnya di masak oleh orang Melayu Kelantan yang ada di Adelaide ni. Itu yg aku tau. Tapi kalau ade lain lagi, maaflah aku tak tau. Tapi aku takdelaa gi duduk menempek kat hubby je semasa beliau meeting. Aku gi la jenjln sekitar rundle mall sorang. Aku dah biasa. Seronok gak jalan2 sorang2. Tapi lagi boring kot jalan sorang2. Ahahaha~! Dah boring jln sorg2, aku msj hubby. “Bie, dah abeh meeting ke blom?klw mcm dah nak abes, text me k,” …after a few seconds, hubby reply. “Mehlaa cni, dh nak abes ni,”. “Ok!” jawabku kembali. Lantas segera aku menghayunkan kaki ke tempat kejadian. Aku terus masuk Kedai Swinging Bowl. Aku terpandang 4 orang anak gadis yang manis2 belaka sedang makan. Aku melemparkan senyuman kepada mereka. Sungguh seronok sekali dapat senyum kepada mereka. Ehee~!..

Aku amik tempat duduk yang kosong. Eh, sebelum Tokey Swinging Bowl tegur aku. “dah kurus ar Am! Menjadi betol diet ko!”. Lebih kurang mcm ni laa ayat dia. Aku pon dah lupa. Aku tersenyum bangga. Ahaks~! Aku mintak air suam sbb tekak kering sgt. Adoyai~! Hubby n kwn2 sudah di hujung meeting. Mereka ada di dalam sket dari kawasan aku duduk.

Lepas tu kan, aku usha2 laa gadis2 tersebut. Aku sebenarnya kurang kawan kat cni. Inilaa masanya aku mendapatkan kawan baru. Maka tersebutlah episode aku kenal dgn adik2 itu. Aku pon pegilaa tegur mereka. Borak sket sebanyak, aku tak perasan hubby dah abes meeting. Bie ajak balik. Okeh hubby~! Aku pon mengucapkan babai kpd adik2 td. Baik sungguh mereka.

Salah sorang dari mereka bernama Nisa. Dia terjumpa blog aku, trus dia drop comment n emel FB. Aku pon add. Dah lama borak n kenal2, aku pon tanya diorg, 9-12 April korang ade hal tak?ngehehe~!..Diorg ajak aku men roller blade la nti bila dtg umah diorg. Umah diorg dekat dgn Glenelg. Aku pon terlintas nak tny. “Akak nak lepak umah korang leh tak wiken tu?korang ade hal tak?klw ade hal takpelaa ea,”. “Eh, boleh sgtttt2 kak! Mehlaaa dtg umah kitorg. Tido cni pon takpe!”…wawawawa! terharunyaa dgn sikap rakyat Malaysia yang sebegini rupalah memang disanjungi.

Timaceh Nisa~!! InsyaAllah, bagi akak terer nek tram sorang2 dulu ea,”. Muahahaha~!
Harapnya 3rd plan ini menjadi.

Aku di sini banyak kawan cuma masa untuk kami berjumpa dan berborak adalah terhad. Aku suka berkawan dgn semua peringkat umur. Tak kiralaa nenek ke, atuk ke, makcik2 ke, kakak2 ke, adik2 ke, bdk2 ke..sume aku suke berkawan. Lagi banyak jenis kawan2 kita, lagi banyak ilmu kita. Ehehee~


*Constraint aku skrg adalah kesihatan hubby ku. Mudah2an tiada apa2. Amin.


~Shawl pink ni aku order dari Mesia. ehehe. Tapi kan yg merah tu adalah snow cap!muahahaha~! sebaik skrg dah sejuk. Autumn in My Heart~! 

Wallawehhhhh~!!




Thursday, March 25, 2010

~Baik-baik sayang~

Dalam masa 2 3 hari aku dpt abeskan melayan drama Na O Mei via tv3 online. Ini last week punya crita. Timaceh tv3~ fewittt! ahaks~!

Hari ni mesti dah episod ke 39. ngehehee~!..

Yang aku tak dapat tahan adalah soundtrack drama nih. waduh3~!!menyengat seh~!!!ehee~

Sume soundtrack nyer aku suka sgt2. Setakat ni aku dah ade lagu Dinda, Terakhir, Dosakah aku, Bisikan rindu, Mengejar mimpi, Cinta di sekolah, Perih, Hidupmu hidupku, dan Jangan ganggu dulu. Cuma aku tak dapat cari satu lagu ni sebab aku tak tau title nyer. Liriknyer camni,

"begitu saja kau ucapkan maaf kepadaku, tak pernah kusadari keputusanmu, apa yang membuat kau selalu berbohong padaku, sampai kapan kau tetap begitu, kau mengkhianati aku di sini lalu kau pergi tinggalkan aku, aku tak mengerti sungguh tak mengerti semua, kau mengkhianati aku di sini lalu kau pergi tinggalkan aku..."

*ini ja lirik yang aku sempat dengar n trus taip. wawawawa! still hope for this song. uhuhu~!

Lagu2 di atas tuh suma aku download audio je. Mudah dan pantas. ehee.

Pastu kan, tetiba aku terbaca FB adik aku. Shout out beliau, "Baik-baik sayang". katanya lagu ni best~! hohoho~! ape lg! aku nak3!!! trus mtk adik aku emelkan. yehuuuu!!berjaya!

Mak oiiii!skali layan teros lentok daaa~!..wehehee~..

Nah, ini videonya..memang tenang sekali..rasa2 boleh dodoikan anak2 tak??ehee~!..setakat ni aku nyanyi utk dodoikan hubby tido~!..kikikiki! =P

Selamat Menonton~




*Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku, Baik-baik sayang ada aku untukmu...
eheheheee~

Tuesday, March 16, 2010

~Tag dari Kak Aiyu~

Meh Layan Tag jap. Ekekeke~!

3 name i go by:
1) Efa or Ifa (lebih kurg je. sebut sama. eja je lain. ngehee)
2) Ipah
3) Ayang (hubby ler..ekeke!)

3 jobs i have had in my life:
1) Fulltime Housewife (currently almost 4months)
2) Babysitter (currently almost 2months)
3) Teacher ( Nov 2008 – Dec 2009)

3 places i have lived:
1) Pokok Sena, Kedah (my hometown)
2) Tanjong Tualang, Perak (SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF – sek aku ngajar)
3) Adelaide,Australia (keep accompany my hubby till the end of my life)

3 TV shots i cannot miss:
1) Dear or No Deal (tv7 Adelaide)
2) Na-o-Mei (tv3 online Msia) – top giler citer ni skrg. Mak aku addicted. Hahaha~
3) Setiap kol 830 mlm mesti terpacak dpn tv dgn hubby layan movie aussie. SBS jarang2 sbb tut….! Ahaks~!

3 places i have been:
1) Thn Lepas dtg Aussie for 2 weeks (29 Mei – 11 Jun 2009). Hubby bwk jln2 byk tmpt tp aku xhingat. Winter plak tuh. Ggggrrrrr~!tejuk!!
2) Singapore (ikut hubby ade conference for 1week. Honeymoon skaligus!)
3) Swimming kat Waterloo Park. (Adelaide). Kat Mesia swimming kat air terjun or pantai je. Jrg2 sekali dpt swimming dalam pool. Ahaks~!

3 places i want to go:
1) Makkah (target wat haji & umrah bersama hubby, umur aku 35 tahun)
2) NZ & Gold Coast (trip with kak aiyu’s family)
3) Melbourne (nak main snow!ehee)

3 of my fav foods:
1) Tom Yam Campur (dari kecik sejak mengenali makanan. Kehkehkeh!)
2) Sushi (currently since dok Aussie)
3) Subway (Italian Herbs, Food Sensation)

3 things i'm looking forward too:
1) Getting preggy asap.(tlg doakan ea)
2) My future either stays as a teacher or a lecturer. (Deeply thinking)
3) Hubby graduate PhD excellently, I have to move to North.
Pets that you have owned:
1) Kucing (umah kat Kedah)

3 fav band/ singer:
1) Taylor Swift (sume lagu dier. Sanggup beli CD dier tp aku tertggl kat Mesia!wawawa!)
2) Lenka (Trouble is a friend)
3) Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin (fevret aku dr kecik2 lg smpailaa skrg. Aku terpaksa redha dia kahwin dgn DK. Ahaks~! lol)

3 fav teams to watch:
1- Liverpool (dolu2 sbb Michael Owen, ensem n cute banget! Ahaks~!)
2- Netball (NZ Championship, TV Adelaide)
3- Australian Open Tennis 2010( sbb ada Rafael Nadal. Punyalaa admire!! Ekekeke!)

3 fav drinks:
1- Soya (susu tak lalu lgsg minum. Esp susu tepung.)
2- Teh O panas (minum ptg dgn hubby)
3- Plain water (wajib minum. Klw tak mesti mcm tak betol je. Ehee)

Me nak tag:
1) My hubby (hubby sy ni pemalu orgnya. Dia suka terselindung)
2) Ihsan (hubby’s fren kat Adelaide)
3) xiiinam (Guru Bahasa Melayu)
4) Kak Farah Wir (kwn masa Kursus Induksi P.Pangkor)


Saje2 je suke2. Kalau taknak jawab pon takpe. ehehe~!