Saturday, February 27, 2010

~Northern Light - 50th Anniversary Adelaide Festival Pyrotechnics SHow~

Wow! It’s soooooo amazing!!! What a wonderful night that I had. Thanks God for giving me this kind of experience.

Malam tadi aku n hubby kuar dr umah..ermm..Jam 2115 pm cam tulaa…xbrape hingat exact time. Kami drop jap kat ofis hubby. Beliau mau check project. He is running something that take a couple of days to finish it. Cian hubby caye. cob!cob!cob!..takpe Bie, where there is a will, there is a way! Jia yok3!..bukan ke Bie slalu nasihatkan ayg camni? Ehiks!.

Lama gak kat ofis beliau. Sambil beliau mengadjustkan ape yg patut, aku layan FB..Friendster.. youtube..YM (masuk jap tgk mak ayah aku ade tak. Slalu kitorg webcam thru YM. Pastu nangis!wawawa!rindu! tp takde plak mlm ini. Takpelah, next time..esok2 ke..yg pasti wiken coz mereka keje)..layan punya layan sampai dah dekat kol 11 lebeh. Opps! Bie! Kol  brape kita nak gerak ni?ngee~

Laa..abang dah siap ni ha..tunggu ayg lerr…dok layan FB smpai tak perasan abg dah siap. Ekekeke! Sowi Bie, ayg tgh usrah dgn sorg kwn kat FB ni. Kwn aku baru putus tunang. Dia mohon nasihat dan pandangan aku ckit sebyk. Aku tolong setakat mampu. Alhamdulilah, hasil pengalaman aku, aku kongsikan bersama kwn aku itu. Dia berasa lega setelah berterus terang dgn aku. Kawan tetap di hati jugak tapi tak boleh la lebeh dari hubby. Wehehehe~

Ya Allah!punyerlaaa pnjang aku ngarut pasal kat ofis hubby jer. Kuikuikui~..sowi guyz!
Okeh sambung topik utama ya murid2. Kita kat mn td?muahaha! ada ke patut cikgu tny camtu blk pd murid2??tak boley sebenarnya. Itu menunjukkan kita tak bersedia. Walau kdg2 memang kita tak bersedia pon, kita mesti tunjukkan sentiasa bersedia supaya murid2 akan percaya dan memandang hebat kepada cikgu-cikginya. Ngehehe~

Lerrr…aku ngarut lg. sowi skali lg. hmmm…arrr! Aku lupa..haa…kol 11 lebeh tu Kak Aiyu call. “Efa katne dah?Kitorg siap amik gmbr free ni kat Art Gallery. Siap boleh print trus lagik. Cepatler dtg, kang terlmbt dah abes promotionnya.” kata Kak Aiyu. “Alahai kak..kitorg br nak gerak ni..ehehe..okeh2..kitorg nak gerak dah ni..thanxs akak. Eh, akak blk kol bape?” tnya aku plak. “Akak nak blk dah ni, Ukail dah ngantok, kang dia ngamuk kat cni susah plak”, reply Kak Aiyu dlm perbualan kami. Pastu dah buat ending sume, aku n hubby cargas ke city.

Event tu abes kol2 pg. sbb tu kitorg rilex jer dulu. Kat cni susah nak dpt jalan mlm2 sbb mlm kat cni boring except jumaat mlm. Hahaha~. Aku tak pasti kol brape aku n hubby sampai city. Tapi yg pastinya sampai je kitorg trus gi cari Art Gallery yg dikatakan Kak Aiyu. Maklumlah gmbr preeee..sape tak ndak!!!kehkehkeh~..Alamak!dukacita dimaklumkan..kami tiada rezki waktu itu. Sedah lengang pon. Tak de org berpusu2 rebut2 nak amik gmbr preee…uhuk uhuk uhuk.. Takpelah Bie..kita kan ada camera Panasonic Lumix DMC-LZ8. Boleh 5x optical zoom tau! Ngehohoho~..(macamlerr hebat sgt. Ahaks!). kitorg tak kisahlah. Janji dapat gak amik gmbr. Hubby aku bukannyer nak bergmbr sgt. Aku je beria2. Hahaha. His job as usual. He’s being my cameraman. Me as a model. Kuhekuhekuhe! Tah pape aku nih. Ampun.

Maka dengan itu, bermula lah episod aku menjadi model sekejap. Muahaha~..snap sn..snap cni..click sn..click cni..click jangan tak click! Kihkihkih~..dah abes smpai hujung sn kitorg round n snap. Kitorg patah blk nak blk dah ler..elok2 sampai ke building yg terakhir, LUP!! Sume lampu dah terpadam. Dah abes rupanya. Manelaa nak sedar dah dekat 2 pagi. Sebaik kitorg sempat gak amik gmbr sume building td. Fiuuhhh!!lega. kalau tak ngamuk gak aku. Ngehehe~..bukan ngamuk kat hubby la..ngamuk kat wall building tuh. Heee~

Hmmm…leteh n mata pon memang dah ngantok. Aku ok jugak sbb dah tertido ptg td lepas mama Nu’man amik Nu’man. Hubby gi men bola. Dia mmg sukerrr sgt men bola. Go!go!go hubby!. Minat beliau yg sememangnya aku minat jugak. Hik! We are meant to each other laa Bie..ecewah!~ kalau hubby letey sgt, slalunya aku akan ganti tmpt beliau as a driver. Alhamdulilah, skill aku merempit moto masa di U dulu, aku boleh drive (apa kaitannya?ohoho). Ehehe. Bukan merempitlaa sebenarnya tp aku suke sgt bwk laju2. Sampai coursemate aku ckp, nmpak macam papan melayang-layang dibawa angin. Muahaha~ takpelah, itu cerita zaman belajar.

Hmmm…aku suker men netball. 1st week aku sampai cni, aku dah mintak no tefon Nik Aisyah. Dia team leader for netball team kat cni rasanya. Aku nak join jugak. Aku adelaa msj2 dgn dia. Alahai…rupa2nya dia dah abes. 31dec 09 ticket dia pulang ke Mesia for good. Aku br je dpt kwn yg sekepala dgn aku. Takpelah Nik, kita borak2 via FB pon takpe. Lgpon, april 2010 dia dtg cni smule for convocation. “Bie, kat BIG W ade sale bola netball. Ermm..$5.98 rsnyer la Bie. Br jap td ayg tgk leaflet BIG W. jom beli nak?” aku mencuba nasib. Haha. “ermm murah gak tu.” Itu je ayat beliau. Aduhai. Cuba lagi di lain masa. Gunakan skill yang ada.

Oklah..aku nak stop dah sbb nak nonton tv pulak. Aku dah siap msk lunch for my luvly hubby. Hubby gi opis jap pg nih. Ada hal penting. Kwn beliau dr Singapore mintak tulun. Hubby cakap kat aku, kwn beliau itu seorang kawan yang sgt baik. Kalaulah dia boleh mengucap kalimah syahadah. Ehehe~.
Ok..ok..ok..ok…sudah2..panjang sgt dah ni. Bye kawan2. Salam. Namaste (Hindustan).

 Ni jelaaa hasil aku n hubby pada mlm tadi. (1st pic ni kat ofis hubby). heh~


 


  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


 

Sekian, wasabi! eh, wasalam. ngee~

Wednesday, February 24, 2010

~Pot luck Cikgu-Cikgi~

Day/Date : Sunday/21st Feb 2010
Place : Bonython Park
Time : 10.00 a.m. – 1.00 p.m.

Pot luck is a common word for a wife. No matter she works or not, she’s part of it. Hahaha~

Memanglah. Dulu masa mengajar pon ade gak kwn2 yg slalu ajak wat pot luck. Kata diorg, “burink ar makan kat kantin, takde lauk lain ar..ari2 lauk yang sama. Bosan ar. Jom kita wat pot luck nak?”.
Maka tersebutlah kisah pot luck cikgu-cikgi di dalam sebuah sekolah. Muahahaha~

Hampir sebulan kitorg buat pot luck. Pelbagai aneka jenis makanan yang kami dapat makan. Masing-masing terasa kekenyangan dan puas hati dengan menu yang disediakan setiap hari. Jumlah cikgu-cikgi yang join pot luck kami ni taklaa ramai sangat. Katakan jumlah cikgu-cikgi sekolah kami 65 orang. Tapi yang join tu adelaaa dlm 50%. Hahaha~ tak ramai hang kata?!. Muahaha~. Memanglaa jumlah yang agak ramai sebab……dengan kehilangan 50% cikgu-cikgi, akan menyebabkan makcik kantin berasa sangat hairan dan aneh. Apakah yang telah berlaku?. Apa sudah jadi dengan kantin aku?dulu setiap kali habis kelas ramai je cikgu-cikgi melepak kat warung aku?sekurang2nya pekena kopi or teh tarik secawan?. 

Hmmm….aku dulu pon macam tu. Kelas yang aku ajar kebanyakannya dekat dengan kantin. Tingkatan 4. Tapi sekarang kenapa muka aku pon susah nak nampak bertepek kat kantin mengisi pewot yang dahagakan makanan. Hahaha~

Maka episod seterusnya bermulalah edisi penyiasatan makcik-makcik kantin. Ada yang buat2 sembang dengan student. Kot2 ade tak nampak cikgu-cikgi ni dok usung makanan dalam tupperware dari kereta diorg?. Bdk2 ni kejanya bukannya mengendap cikgu-cikgi tapi datang belajar. Nampaknya penyiasatan terhadap seorang budak tidak berjaya. Ada pulak yang menyiasat dengan cara berjumpa dengan pengetua. Hajat nak sampaikan perkara lain pada mulanya tetapi rupa2nya mengintaiku dikamarmu. Aiseh…tajuk lagu daa…entah btol entah tak. Haha. Aku pon tak tau. 

Akhirnya, terbongkarlah rahsia cikgu-cikgi selama ini. Hahaha. Aku muka slumber je rasa macam tak bersalah. Sebab pengetua sedang mencari siapakah “ketua” disebalik semua ini. Kehkehkeh!. Semua orang bersepakat tidak akan membuka pekung di dada. 

Aku “ketua”???!!. Tidak mungkin itu akan berlaku. Aku ni hanyalah guru yang baru posting. Aku mesti ada pegangan aku sendiri. Tidak mudah terikut-ikut dengan gejala-gejala yang mungkin boleh menjeaskan reputasi aku sebagai cikgi. 

Hmmm…sebenarnya…tidak salah buat pot luck di sekolah pon. Tiada langsung niat di hati cikgu-cikgi untuk boikot makanan kantin tapi cikgu-cikgi ini mahu memberi kesedaran kepada makcik kantin bahawa pelbagaikanlah makanan anda. Cuba buat perubahan. Tanyalah kepada sekolah mana pon. Setiap warga sekolah mendambakan makanan yang enak, bersih, berkhasiat dan pelbagai. Aku tak pernah dapat makan lunch sebab kalau aku pergi jer sume lauk dah abes. Memang sedeh. Tp aku tak kisah sangat cuma kdg2 aku tak sempat breakfast, ingatkan dapatlaa mengisi pewot ku di kala tgh hari. Namun demikian, aku tetap hampa. Tidak mengapalah, kataku dalam hati. Ehehehe~

Hmmmm…itulah kisahnya pot luck di sekolah ku.

Alhamdulilah, di sini konsep pot luck yang diadakan adalah digalakkan. Siapa lagi kita akan berhubungan melainkan warga Negara kita. Kita di tempat orang. Susah hidup kalau tidak berkawan dengan orang. Pot luck kali ni aku wat sushi!kahkahkah. sushi lagi. Ngeh3!

Program seterusnya, 28 Feb 2010 ni pulak. Kali ni Welcoming BBQ 2010. Lagi best dan meriah sebab melibatkan semua Malaysian. 21 Feb tu untuk postgraduate je. Kali ni aku n hubby mesti pergi. Lagi ramai kita jumpa orang, lagi banyak kawan kita kan. Hidup ini mesti berkawan. Bukan jadi katak di bawah tempurung. Hahaha. 


  
~ngehik!~

  
~wow!pelbagai!~

  
~Kak Aiyu yang pandai masak!sgt hebat!~

  
~haaa...ni la Nu'man, bdk yang dijaga oleh aku. ni mama Nu'man~

  
~Cikgi yang mencari kehilangan hero nya!muahahaha~

  
~haaa...ni pulak Tihani, Nu'man's sister~

  
~ecekeceh2!ehik! ini Umar, Kak Haiza's son. kembang hidup aku dukung dia. sangat 'ringan'~


 
 ~Fewitttttt!!! ending cerita~

HIDUP MESTI GEMBIRA DAN BAHAGIA KERANA ESOK MUNGKIN TIADA. 
tetiba aku teringat skrip filem Kal Ho Na Ho. Selamat Menonton. 

Friday, February 19, 2010

~Marion Shopping Complex~

Kenapa pegi cni?sbb nak cari swimming suit for Muslim especially for Women. Hmmm…tp hampa je..mmglerrr susah nak jumpa klw cari kat cni. Kat mesia sure berlambak. Mksd sy satu set dgn tudung mmg takde. Klw setakat long sleeve shirt for women adelaaa..uhuhu~..takpelah. lgpon, kak Sofurah dah bagi swimming suit satu set baju n tudung cuma tak bersambung baju n tudung. Kak Sof ada 2 psg. Dia punya swimming suit baju n tudung bersambung. Heh!

Kak Sof ni mmg sgt baik orgnya. Dia further phD kat cni. Anak bongsu dia nama Muhammad Nu’man sy jaga. Ehee. Kiranya keje sy skrg a babysitter lah. Eheehee. Kata orang berkat jadi babysitter ni supaya cepat2 dapat pregnant anak sendiri. Alahai…bilalah..Usaha Tangga Kejayaan! Bak kata hubby, “Where there is a will, there is a way”. Jia yok3! Be strong Ipah! Fiiiuuuhhhh~

Hmmm..kalau bab masak mesti sy akan refer Kak Aiyu. Hahaha~..Kak Aiyu, tolong..rs dah kering idea nak masak ape ari ni. Maka dgn kuasa bulan Kak Aiyu akan menyalurkan beberapa resepi yg menjadi fevret sy. Ehee~..Thanxs Kak Aiyu!

 
~hubby paling suker gmbr ni - lepak kat Mawson Lake (area ofis hubby)~


 
~dia yg nak amik gmbr dgn sy..well..sy tak kisah!muahaha!joke~

 
~alang2 dh sampai cni, layan ar muvie jap~

 
~lepas tu gi swimming..rs rilex n tenang sgt esp hubby, cian dier..byk keje~

  
~kanak2 ade jugak dtg swimming class. kindergarten dah diajar cara berenang. best kan?~



Hmmmm...tgk education style kat cni..rs mcm nak stay trus je..sbb byk yg kita boleh contohi. 
Bak kata hubby lagi, Kepimpinan melalui Teladan.



Thursday, February 18, 2010

~Sushi~ wahahaha~

Inilah kali pertama dalam hidupku menghasilkan makanan yg berasal Jepun/Korea iaitu Sushi. 1st time buat trus jadi!. Perghh!tak sangka sebenarnya. Dah tu..buat lg for 2nd time. Sudah! Jadi lg! ngehee~..sudahnya dah addicted..muahaha~..klw ade potluck bila2 je msti sy akan buat Sushi. Kuikuikui~…

Sy memang suka mkn sushi. Hubby pon. Hrpnya anak2 nti pon suka jugak. Umor 1thn jagung je sy trus nak ajar dia mkn sushi. Ehehe. Biasakan dr kecik, kata org tua2.

Resepi nya sy ciplak la dr internet. Search je trus kuar! Jeng..jeng..jeng!..mula2 bc mcm leceh jer..dah cuba br tau!..ngehee~..skrg dh takyah tgk kertas. Sume dlm kepale. Syukur. Sy dah pandai masak.

Beza sgt2 ms sy sblm kahwin dgn slps kahwin. Byk perubahan positif berlaku dlm hidup sy. Credit for my hubby!..Luv u hubby!mucho2!..He’s the best husband in the world! (opps!mcm penah kawin je b4 ni!hahaha!taklaa..ok).

Asuhan suami dan asuhan keluarga mmg lain. Asuhan keluarga ikut acuan keluarga lah, asuhan suami ikut acuan suamilah. Btw, kedua2 asuhan ini memberi impak yg sgt positif dlm hidup sy.

Hmmm..oklah, sy nak out dah. Sy jadi babysitter skrg. Ms sy tulis ni bdk yg sy jaga sdg tidur. Ehee~

Haaa..ni laa sushi yg telah sy hasilkan..tp xingat kali kebrapa dah…muahahaa~

 

  

Bye.


(Opps!lupa plak. klw u guyz nak resepi nya bleh search je kat internet. sy dah lupe sbnrnya mn sy save resepinya. ehee~..sowi)