Wednesday, February 24, 2010

~Pot luck Cikgu-Cikgi~

Day/Date : Sunday/21st Feb 2010
Place : Bonython Park
Time : 10.00 a.m. – 1.00 p.m.

Pot luck is a common word for a wife. No matter she works or not, she’s part of it. Hahaha~

Memanglah. Dulu masa mengajar pon ade gak kwn2 yg slalu ajak wat pot luck. Kata diorg, “burink ar makan kat kantin, takde lauk lain ar..ari2 lauk yang sama. Bosan ar. Jom kita wat pot luck nak?”.
Maka tersebutlah kisah pot luck cikgu-cikgi di dalam sebuah sekolah. Muahahaha~

Hampir sebulan kitorg buat pot luck. Pelbagai aneka jenis makanan yang kami dapat makan. Masing-masing terasa kekenyangan dan puas hati dengan menu yang disediakan setiap hari. Jumlah cikgu-cikgi yang join pot luck kami ni taklaa ramai sangat. Katakan jumlah cikgu-cikgi sekolah kami 65 orang. Tapi yang join tu adelaaa dlm 50%. Hahaha~ tak ramai hang kata?!. Muahaha~. Memanglaa jumlah yang agak ramai sebab……dengan kehilangan 50% cikgu-cikgi, akan menyebabkan makcik kantin berasa sangat hairan dan aneh. Apakah yang telah berlaku?. Apa sudah jadi dengan kantin aku?dulu setiap kali habis kelas ramai je cikgu-cikgi melepak kat warung aku?sekurang2nya pekena kopi or teh tarik secawan?. 

Hmmm….aku dulu pon macam tu. Kelas yang aku ajar kebanyakannya dekat dengan kantin. Tingkatan 4. Tapi sekarang kenapa muka aku pon susah nak nampak bertepek kat kantin mengisi pewot yang dahagakan makanan. Hahaha~

Maka episod seterusnya bermulalah edisi penyiasatan makcik-makcik kantin. Ada yang buat2 sembang dengan student. Kot2 ade tak nampak cikgu-cikgi ni dok usung makanan dalam tupperware dari kereta diorg?. Bdk2 ni kejanya bukannya mengendap cikgu-cikgi tapi datang belajar. Nampaknya penyiasatan terhadap seorang budak tidak berjaya. Ada pulak yang menyiasat dengan cara berjumpa dengan pengetua. Hajat nak sampaikan perkara lain pada mulanya tetapi rupa2nya mengintaiku dikamarmu. Aiseh…tajuk lagu daa…entah btol entah tak. Haha. Aku pon tak tau. 

Akhirnya, terbongkarlah rahsia cikgu-cikgi selama ini. Hahaha. Aku muka slumber je rasa macam tak bersalah. Sebab pengetua sedang mencari siapakah “ketua” disebalik semua ini. Kehkehkeh!. Semua orang bersepakat tidak akan membuka pekung di dada. 

Aku “ketua”???!!. Tidak mungkin itu akan berlaku. Aku ni hanyalah guru yang baru posting. Aku mesti ada pegangan aku sendiri. Tidak mudah terikut-ikut dengan gejala-gejala yang mungkin boleh menjeaskan reputasi aku sebagai cikgi. 

Hmmm…sebenarnya…tidak salah buat pot luck di sekolah pon. Tiada langsung niat di hati cikgu-cikgi untuk boikot makanan kantin tapi cikgu-cikgi ini mahu memberi kesedaran kepada makcik kantin bahawa pelbagaikanlah makanan anda. Cuba buat perubahan. Tanyalah kepada sekolah mana pon. Setiap warga sekolah mendambakan makanan yang enak, bersih, berkhasiat dan pelbagai. Aku tak pernah dapat makan lunch sebab kalau aku pergi jer sume lauk dah abes. Memang sedeh. Tp aku tak kisah sangat cuma kdg2 aku tak sempat breakfast, ingatkan dapatlaa mengisi pewot ku di kala tgh hari. Namun demikian, aku tetap hampa. Tidak mengapalah, kataku dalam hati. Ehehehe~

Hmmmm…itulah kisahnya pot luck di sekolah ku.

Alhamdulilah, di sini konsep pot luck yang diadakan adalah digalakkan. Siapa lagi kita akan berhubungan melainkan warga Negara kita. Kita di tempat orang. Susah hidup kalau tidak berkawan dengan orang. Pot luck kali ni aku wat sushi!kahkahkah. sushi lagi. Ngeh3!

Program seterusnya, 28 Feb 2010 ni pulak. Kali ni Welcoming BBQ 2010. Lagi best dan meriah sebab melibatkan semua Malaysian. 21 Feb tu untuk postgraduate je. Kali ni aku n hubby mesti pergi. Lagi ramai kita jumpa orang, lagi banyak kawan kita kan. Hidup ini mesti berkawan. Bukan jadi katak di bawah tempurung. Hahaha. 


  
~ngehik!~

  
~wow!pelbagai!~

  
~Kak Aiyu yang pandai masak!sgt hebat!~

  
~haaa...ni la Nu'man, bdk yang dijaga oleh aku. ni mama Nu'man~

  
~Cikgi yang mencari kehilangan hero nya!muahahaha~

  
~haaa...ni pulak Tihani, Nu'man's sister~

  
~ecekeceh2!ehik! ini Umar, Kak Haiza's son. kembang hidup aku dukung dia. sangat 'ringan'~


 
 ~Fewitttttt!!! ending cerita~

HIDUP MESTI GEMBIRA DAN BAHAGIA KERANA ESOK MUNGKIN TIADA. 
tetiba aku teringat skrip filem Kal Ho Na Ho. Selamat Menonton. 

6 comments:

jujahxo. said...

dkt skOla i hampir tiap mggu wat pOt luck. sume skali jOin termasuk pihak pentadbir, makcik makcik cleaner, Orang orang Opis.. pendek kata sumelah! sgt meriah!! ;)

ihsan_huhu said...

cis potluck postgrad2 mmg bes. kl aku tau dh lame aku serbu...

kalau aku xkerja r tapi..

IRIS said...

Seronoknya...

kamu pun makin ayu..

=)

Aiyu said...

akak stuju pe yg effa cakap tu.kalo kita rajin g potluck mmg blh dpt ramai kawan.kalo effa nk tau,dulu2 lagi la postgrad kerap adakan potluck.time tu lg best.dpt makan mcm2 & dpt bnyk kawan..lagi2 le utk surirumah2 adelaide.potluck dpt hilangkan tekanan dok umah..

~cinonet~ said...

jujah, kan best kalo sume rakyat sekolah menjadi seperti itu kan?uhhuhuhu...

esan, mehlaa join!toksah malu2. lagi ramai lagi best. toksahlerr kira yep. mai jangan tak mai. 28 Feb ni ade lg. 27 Feb pon dgr2 ade progrm gak. wah3~rupa2nya Malaysian kat cni active2 laa..best ah dok cni!takmo blk. muahahhaa~

iris, nama saya Arifah Raedah. bukan ayu. ehiks!joke!

Kak Aiyu, efa suke berkawan. takotlaa hidup takde kwn kan. ngehehe~

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam,mintak pandangan atau nasihat/komen berkaitan dengan artikel terbaru yang di tulis di blog saya.Pandangan dan komen/nasihat dari anda amat saya alu2kan untuk di jadikan pengajaran kepada saya..