Monday, August 9, 2010

~aku malas update blog, skrg sudah kembali~

I am on 23 weeks of pregnancy. Syukur Alhamdulilah. fiuhhh~!!! sedar x sedar sudah 3 bulan blog aku nih mcm sudah ada penunggu... bersarang lebah laa..sarang kangaroo laa..sarang nyamok laa...gggrrrr~!! takot lak..hmmm..byk peristiwa yg best n happy berlaku dlm hidup aku dlm tempoh 3 bulan aku menyepi. Aku betol2 ade mood n tiada berdaya. Alahan aku br je sembuh skrg nih..tu pon kdg2 ada lg vomiting sbb aku lmbt mkn..bau perfume pon xleh..uuhuhuu..tgk blog pon xlalu..wawawa~! wat cemana kan..masing2 jalan hidup..ehehe~


7 aug baru2 ni aku n hubby ade join satu event ni anjuran MASCA SA (Malaysian UMNO kat South Australia nih. aku xtau full nm apa. ngeh3~!). Undergraduate student yg incharge event nih. Mmg superb ahh!! Aku impressed betol dgn bdk2 nih..dahlaa bijak pandai cerdik..pas tu lak pandai berosial. bagus betol ah! tahniah aku ucapkan! =) eh, lupa lak..tema event mlm tu.."Kampung Night 2010". eheheheee~


jeng..jeng..jeng...dah lama sungguh rsnya aku xhupdate gambo..kuikuikui~!






























Inilah sedikit sebanyak gmbr yg sempat diambil pd mlm tersebut. ehehe~ lepas mkn asyik rs mengah jer..hik3~! Hmmm...lagi 2 hari nak masuk bulan ramadhan..Selamat Menyambut Bulan Ramadhan semua~...raya thn ni 1st tm raya kat cni bersm hubby tercinta! ngeh3~ 

Saturday, April 17, 2010

~Nausea~

Usia kandunganku mencecah 7 minggu sudah. 22 April ini akan masuk ke minggu ke-8. 22 April ini juga have an appointment of having an ultrasound for the age of baby. Semua ini masih di peringkat trimester. Sangat penting dan harus lebih berhati-hati. Nausea aku sudah bermula semalam. Sebelum ini alahan aku hanya toilet pee, constipation and eat more than usual. Tapi baru semalam ia berubah. Aku sudah mengalami nausea, muntah-muntah, rasa perot sentiasa berangin je. My frequent urination is getting down, makan pon dah tak lalu. Makan je rasa nak muntah. Pertama kali kol 3 ptg tadi aku muntah. Constipation aku pon dah sembuh. 

Aku bersyukur pada Allah. Alhamdulilah. Aku anggap ini semua lumrah hidup mommy-to-be. Ehehee~ it’s okay, 9 bulan 10 hari je..jap je..percayalah..baby mesti tolong mommy yer..baby mesti kuat. Kalau baby kuat, mommy laaaagggiiii kuat. Ehik~ cayang baby sgt2. Nama untuk boy sudah ada, nama untuk girl masih dalam pencarian. Buat masa sekarang, hanya sebut baby sebab belum tau gender lagik. Ngeh3~!

Alhamdulilah, daddy sangat memahami dan baikkk sangat2. Hubby sangat rajin membantu aku yang kurang upaya di masa sekarang. Dulu aku suka sangat memasak pelbagai masakan. Setiap hari aku akan ubah2 cara masakan supaya hubby aku terhibur dan berselera dengan masakan aku. Tapi kini segala-galanya telah berubah. 

Memang seperti kata orang-orang berpengalaman. Di masa wifey preggy, si hubby lah orang yg harus dan mesti memahami keadaan wifey. Mood swing memanjang. Kadang2 ade je tak kena. Aku pon fenin apsal laa aku cani. Uhuhu. Aku cian my hubby. Tak rela tgk sume keja rumah hubby yang buatkan walhal asalnya aku yang mesti buat. Tapi takpe, sume ni hanya sementara. insyaAllah, nanti alahan ni dah sembuh, keadaan akan kembali seperti biasa. Ehee~ Dun worry ye Bie. Jap je ea cyg mucho2. Ehik~

Beberapa hari yang lalu ketika usia kandunganku masih 6 minggu, aku n hubby kuar jenjln n pastu kami singgah umah Kak Aiyu lepas maghrib. Waahhhh~!!!Kak Aiyu memang sangat pandai memasak. Air asam memang fevret aku dari kecik2 lagi. Dinner yang kami nikmati sungguh menyelerakan aku. Kepakaran aku memasak juga mendapat ilham dari Kak Aiyu. ngeh3. Aku rasa itulah kali terakhir aku begitu berselera makan. hahaha~ Selepas itu, trus tidak lalu sebab alahan sudah bermula. ehehehe~ Pengalaman indah bagiku. Thanxs soo much Kak Aiyu, hubby n Ukail (their son). 



~Kejadian ini adalah a couple of weeks ago~

(Kak Ina, Kak Leeza n her mom. Makcik dah balik Mesia.)


Tuesday, April 13, 2010

~6 weeks~

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ya Allah..jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia,
sesungguhnya Engkau adalah dzat yang boleh menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubat-Mu yang tidak akan membawa penyakit,

Ya Allah.. bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanMu,

Ya Allah.. keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat,

Ya Allah.. jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, punya akal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya,

Ya Allah.. berilah dia umur yang panjang, badan sihat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al quran dengan mendapat berkahnya Nabi Muhammad S.A.W.

Segala puji bagi Allah yang menguasai sekalian alam.

Doa yang kuamalkan setiap kali lepas solat. Kumohon pada-Mu Ya Allah. Amin.


~Inilah rupaku dikala kandunganku mencecah 6 weeks. ehik!~








~Gambar2 di atas ni mlm tadi kuar beli makanan. Tgh2 mlm lapar. ehehehee~


Celik-celik mata subuh tadi terasa sakit tekak. sangat sejuk bagiku. aku check weather. hah!!patuttlerr..8 degree C...gggggrrrrrr~!! sentuh air rs mcm sentuh ais. muahahaha~ sebaik ade hot water n cold water. Dapatlaa warm water antara dua tuh. ekekeke~ Skrg dh ke tgh hari, rsnya suhu dah naik ke belas2an. =) Hav a nice day all~!!! yehaaaa!! =D

Monday, April 5, 2010

~Sweet-1~

3rd of April 2010 – Our 1st Anniversary~!! Ehik~! Happy Anniversary Bie~! Sweet-1~! Ahaks~! =D

3rd of April 2009 – Tarikh aku n hubby diijabkabulkan. Selepas solat Isya’. Alhamdulilah,

4th of April 2009 – Majlis perkahwinan yang diadakan di Pokok Sena, Kedah.
11th of April 2009 – Majlis sambut menantu yang diadakan di Manjoi, Ipoh, Perak.

Segala2nya sudah setahun. Sungguh aku tidak sangka sudah setahun rupanya usia perkahwinan kami. Aku masih terngiang-ngiang riuh rendah orang kampong menyiapkan masakan. Ikut adat aku, mak ayah aku memang suka cara “Pakat”. Maksudnya, orang-orang kampung akan datang membantu untuk masakan dan serba-serbi. Pendek kata, kami sebuah keluarga yang rapat. Setiap selok belok apa yang berlaku, pasti jiran sekampung akan datang membantu terlebih dahulu. Mereka sudah ibarat sedara kita sendiri di kala kita senang dan sudah. Di samping itu, aku berasa sangat teruja dan terharu disebabkan semua sedara mara aku di seluruh pelosok Malaysia termasuk Thailand datang ke majlis kami. Ya Allah, terima kasih tak terhingga. Syukur, majlis selesai dengan lancar dan sempurna.

Manakala majlis di rumah besan mak ayah aku diadakan secara “Catering”. Aku tidak kisah. Bagi aku sama saja. Apa yang penting majlis yang dijalankan dapat diraikan dengan semua orang. Istimewanya majlis di Ipoh ni, ada adat bersanding. Menepung tawar n so on..ehehee~! Majlis di Kedah tiada menepung tawar cuma pelamin je disediakan untuk gambaran sepanjang majlis. Aku tidak kisah. Asalkan mak ayah aku bahagia. Cara yang dilaksanakan di Ipoh memang agak berbeza dengan di Kedah. Walo cemanepon, aku tetap suka n bahagia dengan kedua2 cara. Itu rezeki dan pengalaman aku. Alhamdulilah.

Eh, kawan ade tanya, anniversary korang sambut katne?..ehee…Hubby blanje makan malam yang sangat the very special lah~! Kikiki~! “Pondok Bali Restaurant”. Masakan Indon. Kak Aiyu yang suggestkan kat aku. Thanxs kak~!. Memang sedap dan best. Suasana is sooo romantika di amour~..hahaha! Aku makan sampai penuh perot sebab lapar sungguh sejak akhir2 ini. Makan je kojenyer. Pastu nak tido. Adooyaiii~!maunyer xgemok kalo rupe ini. Ngehehee~!



~Gambar aku je. Biasalaa En Hubby aku sgt pemalu. Dia xnak gmbr dia dipublish terang2an. muihihihihi~!


Bie, timaceh cgt2 sbb menerima ayg seadanya,menerima ayg yg degil, menerima ayg slalu potpetpotpet, menerima ayg yg xbrapa manis ni, menerima ayg sebagaimn diciptakn Tuhan. Ayg brsyukur pd Allah di atas segala kebahagiaan yg diberi. Bie, andaikata hubungan kita terpisah seketika di liang lahad, doakan kita akan bertemu semula di syurga sana. InsyaAllah. Luv u mucho2~!!!!!

Sungguh aku tidak sangka aku n hubby mendapat hadiah di hari ulangtahun perkahwinan kami walopon kami jauh dari perantauan.
The most precious gift form Allah for our First Anniversary. Bersyukur sangat2 kepada Allah. Aku terduduk menangis kegembiraan. Aku dibantui hubby. Hubby turut sebak.

Double line. Masih awal. Alhamdulilah. Doakan selamat hingga ke syurga. Amin.

Wednesday, March 31, 2010

~Pertama Kali~

9-12 April 2010, Football Tournament Melbourne Cup 2010.

Gud Luck Bie~! U can do it~! Yehaaaa~!!! =)

Hmmm..aku tinggal sorang2 jap dlm tempoh tuh. Ni laa pertama kali since aku kat cni, hubby tiada di sisi sekejap even for 4 days. Uhuhu. Mula2 memanglaaa nak itottt~!!! Tp memandangkan tiada pompuan yg turut serta, takkan lerrr aku nak nyibok kan diri ikot. Tak malu betol. Muahahaha~!

Aku biasa je ikot hubby gi men futsal dgn kwn2 dia sekitar Adelaide ni tp itu utk suke2..bukan utk ape2 tournament. Kali ni jauh la plak. Diorg pegi dgn 4 buah Van kot. Tp aku rasa bukan Van namanya. Aku terlupa nama kenderaan itu apa tp ia dpt memuatkan more than 5 persons each. Takpe Bie, dun worry! I can take care of myself~! Haiyakkk~! =D

Alhamdulilah..aku boleh drive. So, hubby tinggalkan kete nanti, bolehlaa aku bersuka ria..wahahhaa~! iyerrrlaaaa sgt!! Ahaks~! Hmmm..aku dok piker jugak..manelaa aku nak lepak time tuh. Hubby cakap ikut suka laa ayg nak gi ane, yg penting pandai jaga diri. Ehik~! Thanxs hubby. Beliau begitu mempercayai aku. Syukur alhamdulilah. Tidak pernah sekali aku terasa terkongkong.

Mula2 aku plan nak stay umah Kak Ina n Kak Leeza. Ngehehe~! Tp diorg takde plak wiken tuh. Diorg pegi Sydney jln2 dgn family diorg dtg dari Mesia. Adoyai~!nak ikot!!kehkehkeh~!..hubby bagi aku kebenaran ikut kakak-kakak tuh tp aku pikir2 takmolaah…hubby takde..ngehehee~!..ngade2! ahaks~!

2nd planning nak ajak anak2 Kak Sof stay dgn aku utk semalam dua ke. Lagipon, I am a babysitter of her son. Dah rapat bdk2 tuh dgn aku. Tp itu sume planning. Ehee~

3rd planning ni tetiba je idea datang melulu. Muihihihi! Ketika itu aku menemani hubby meeting for football tournament tuh kat Swinging Bowl. Swinging Bowl ni satu2nya kedai makanan Melayu yang sememangnya di masak oleh orang Melayu Kelantan yang ada di Adelaide ni. Itu yg aku tau. Tapi kalau ade lain lagi, maaflah aku tak tau. Tapi aku takdelaa gi duduk menempek kat hubby je semasa beliau meeting. Aku gi la jenjln sekitar rundle mall sorang. Aku dah biasa. Seronok gak jalan2 sorang2. Tapi lagi boring kot jalan sorang2. Ahahaha~! Dah boring jln sorg2, aku msj hubby. “Bie, dah abeh meeting ke blom?klw mcm dah nak abes, text me k,” …after a few seconds, hubby reply. “Mehlaa cni, dh nak abes ni,”. “Ok!” jawabku kembali. Lantas segera aku menghayunkan kaki ke tempat kejadian. Aku terus masuk Kedai Swinging Bowl. Aku terpandang 4 orang anak gadis yang manis2 belaka sedang makan. Aku melemparkan senyuman kepada mereka. Sungguh seronok sekali dapat senyum kepada mereka. Ehee~!..

Aku amik tempat duduk yang kosong. Eh, sebelum Tokey Swinging Bowl tegur aku. “dah kurus ar Am! Menjadi betol diet ko!”. Lebih kurang mcm ni laa ayat dia. Aku pon dah lupa. Aku tersenyum bangga. Ahaks~! Aku mintak air suam sbb tekak kering sgt. Adoyai~! Hubby n kwn2 sudah di hujung meeting. Mereka ada di dalam sket dari kawasan aku duduk.

Lepas tu kan, aku usha2 laa gadis2 tersebut. Aku sebenarnya kurang kawan kat cni. Inilaa masanya aku mendapatkan kawan baru. Maka tersebutlah episode aku kenal dgn adik2 itu. Aku pon pegilaa tegur mereka. Borak sket sebanyak, aku tak perasan hubby dah abes meeting. Bie ajak balik. Okeh hubby~! Aku pon mengucapkan babai kpd adik2 td. Baik sungguh mereka.

Salah sorang dari mereka bernama Nisa. Dia terjumpa blog aku, trus dia drop comment n emel FB. Aku pon add. Dah lama borak n kenal2, aku pon tanya diorg, 9-12 April korang ade hal tak?ngehehe~!..Diorg ajak aku men roller blade la nti bila dtg umah diorg. Umah diorg dekat dgn Glenelg. Aku pon terlintas nak tny. “Akak nak lepak umah korang leh tak wiken tu?korang ade hal tak?klw ade hal takpelaa ea,”. “Eh, boleh sgtttt2 kak! Mehlaaa dtg umah kitorg. Tido cni pon takpe!”…wawawawa! terharunyaa dgn sikap rakyat Malaysia yang sebegini rupalah memang disanjungi.

Timaceh Nisa~!! InsyaAllah, bagi akak terer nek tram sorang2 dulu ea,”. Muahahaha~!
Harapnya 3rd plan ini menjadi.

Aku di sini banyak kawan cuma masa untuk kami berjumpa dan berborak adalah terhad. Aku suka berkawan dgn semua peringkat umur. Tak kiralaa nenek ke, atuk ke, makcik2 ke, kakak2 ke, adik2 ke, bdk2 ke..sume aku suke berkawan. Lagi banyak jenis kawan2 kita, lagi banyak ilmu kita. Ehehee~


*Constraint aku skrg adalah kesihatan hubby ku. Mudah2an tiada apa2. Amin.


~Shawl pink ni aku order dari Mesia. ehehe. Tapi kan yg merah tu adalah snow cap!muahahaha~! sebaik skrg dah sejuk. Autumn in My Heart~! 

Wallawehhhhh~!!




Thursday, March 25, 2010

~Baik-baik sayang~

Dalam masa 2 3 hari aku dpt abeskan melayan drama Na O Mei via tv3 online. Ini last week punya crita. Timaceh tv3~ fewittt! ahaks~!

Hari ni mesti dah episod ke 39. ngehehee~!..

Yang aku tak dapat tahan adalah soundtrack drama nih. waduh3~!!menyengat seh~!!!ehee~

Sume soundtrack nyer aku suka sgt2. Setakat ni aku dah ade lagu Dinda, Terakhir, Dosakah aku, Bisikan rindu, Mengejar mimpi, Cinta di sekolah, Perih, Hidupmu hidupku, dan Jangan ganggu dulu. Cuma aku tak dapat cari satu lagu ni sebab aku tak tau title nyer. Liriknyer camni,

"begitu saja kau ucapkan maaf kepadaku, tak pernah kusadari keputusanmu, apa yang membuat kau selalu berbohong padaku, sampai kapan kau tetap begitu, kau mengkhianati aku di sini lalu kau pergi tinggalkan aku, aku tak mengerti sungguh tak mengerti semua, kau mengkhianati aku di sini lalu kau pergi tinggalkan aku..."

*ini ja lirik yang aku sempat dengar n trus taip. wawawawa! still hope for this song. uhuhu~!

Lagu2 di atas tuh suma aku download audio je. Mudah dan pantas. ehee.

Pastu kan, tetiba aku terbaca FB adik aku. Shout out beliau, "Baik-baik sayang". katanya lagu ni best~! hohoho~! ape lg! aku nak3!!! trus mtk adik aku emelkan. yehuuuu!!berjaya!

Mak oiiii!skali layan teros lentok daaa~!..wehehee~..

Nah, ini videonya..memang tenang sekali..rasa2 boleh dodoikan anak2 tak??ehee~!..setakat ni aku nyanyi utk dodoikan hubby tido~!..kikikiki! =P

Selamat Menonton~




*Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku, Baik-baik sayang ada aku untukmu...
eheheheee~

Tuesday, March 16, 2010

~Tag dari Kak Aiyu~

Meh Layan Tag jap. Ekekeke~!

3 name i go by:
1) Efa or Ifa (lebih kurg je. sebut sama. eja je lain. ngehee)
2) Ipah
3) Ayang (hubby ler..ekeke!)

3 jobs i have had in my life:
1) Fulltime Housewife (currently almost 4months)
2) Babysitter (currently almost 2months)
3) Teacher ( Nov 2008 – Dec 2009)

3 places i have lived:
1) Pokok Sena, Kedah (my hometown)
2) Tanjong Tualang, Perak (SMK DATO’ BENDAHARA CM YUSUF – sek aku ngajar)
3) Adelaide,Australia (keep accompany my hubby till the end of my life)

3 TV shots i cannot miss:
1) Dear or No Deal (tv7 Adelaide)
2) Na-o-Mei (tv3 online Msia) – top giler citer ni skrg. Mak aku addicted. Hahaha~
3) Setiap kol 830 mlm mesti terpacak dpn tv dgn hubby layan movie aussie. SBS jarang2 sbb tut….! Ahaks~!

3 places i have been:
1) Thn Lepas dtg Aussie for 2 weeks (29 Mei – 11 Jun 2009). Hubby bwk jln2 byk tmpt tp aku xhingat. Winter plak tuh. Ggggrrrrr~!tejuk!!
2) Singapore (ikut hubby ade conference for 1week. Honeymoon skaligus!)
3) Swimming kat Waterloo Park. (Adelaide). Kat Mesia swimming kat air terjun or pantai je. Jrg2 sekali dpt swimming dalam pool. Ahaks~!

3 places i want to go:
1) Makkah (target wat haji & umrah bersama hubby, umur aku 35 tahun)
2) NZ & Gold Coast (trip with kak aiyu’s family)
3) Melbourne (nak main snow!ehee)

3 of my fav foods:
1) Tom Yam Campur (dari kecik sejak mengenali makanan. Kehkehkeh!)
2) Sushi (currently since dok Aussie)
3) Subway (Italian Herbs, Food Sensation)

3 things i'm looking forward too:
1) Getting preggy asap.(tlg doakan ea)
2) My future either stays as a teacher or a lecturer. (Deeply thinking)
3) Hubby graduate PhD excellently, I have to move to North.
Pets that you have owned:
1) Kucing (umah kat Kedah)

3 fav band/ singer:
1) Taylor Swift (sume lagu dier. Sanggup beli CD dier tp aku tertggl kat Mesia!wawawa!)
2) Lenka (Trouble is a friend)
3) Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin (fevret aku dr kecik2 lg smpailaa skrg. Aku terpaksa redha dia kahwin dgn DK. Ahaks~! lol)

3 fav teams to watch:
1- Liverpool (dolu2 sbb Michael Owen, ensem n cute banget! Ahaks~!)
2- Netball (NZ Championship, TV Adelaide)
3- Australian Open Tennis 2010( sbb ada Rafael Nadal. Punyalaa admire!! Ekekeke!)

3 fav drinks:
1- Soya (susu tak lalu lgsg minum. Esp susu tepung.)
2- Teh O panas (minum ptg dgn hubby)
3- Plain water (wajib minum. Klw tak mesti mcm tak betol je. Ehee)

Me nak tag:
1) My hubby (hubby sy ni pemalu orgnya. Dia suka terselindung)
2) Ihsan (hubby’s fren kat Adelaide)
3) xiiinam (Guru Bahasa Melayu)
4) Kak Farah Wir (kwn masa Kursus Induksi P.Pangkor)


Saje2 je suke2. Kalau taknak jawab pon takpe. ehehe~!

Sunday, March 14, 2010

~Chek Mek Molek Utara~

Petang itu ada pot-luck kat umah kawan. hmmm..apa nak buat ea?karipap?ketayap?donut?...hmmmm..buntu..buntu..buntu..last2 tingat ubi keledek yang dah dibeli masa pegi Torrens Island. Trus dtg idea nak wat "Chek Mek Molek". ngehehee~

Resipi mak yg ajar. Mudah sgt. Cepat siap cuma masa nak gulung2 tu yg lmbt cket. yelaaa..dough besar..nak gulung2 chumil2 aje..ekekeke~! takpe, dgn hati yg tabah aku siapkan ia dgn agak chumil. ahaks~! (sume nak chumil! lol)

Kol5 lebeh camtu aku n hubby pon bertolak lah ke umah kawan. Umah kawan ni dekat je dgn umah kami. Area Mawson Lakes jugak. Katanya wat kecil2an aje. Diorg wat nasi. Aku wat kuih je. Oklaa tu kan. Ehee~!

Kol 745 mlm camtu masing2 dah siap2 nak blk umah. Dah nak maghrib kan. Aku n hubby trus ke city sbb hubby ade meeting Bola Sepak. Dia ade tournament Bola kat Melbourne 10 April nanti. wawawa~! dok sorang kat umah. (mcm nak itot je). Sampai je kat Kedai Swinging Bowl, hubby trus masuk tp aku trus gi MYER. Cari toilet yg Disable punya sbb nak amik wudhuk. Pastu trus cari fitting room kat dlm MYER. Nak solat. Kat cni mane laa ade musolla. ehehe. Takpe, aku berpakaian lengkap yang menutup semua aurat. Alhamdulilah, selesai solat Maghrib.

Sementara tunggu hubby abes meeting, aku gi jenjalan kat rundle mall. Tgk ape yg best. Northern Light ada lg mlm tu. Last la. Memang meriah dan ramai orang. Kat cni Jumaat mlm memang meriah.

Aku dah boring. Sume mall pon dah nak tutup. Maka aku trus ke Kedai Swinging Bowl. Laaaa...ingatkan meeting dah nak abes rupanya belom mula lg. wihihihi~! Memanglaa janji Melayu. Opps! sorry. Tapi Benar kan?eheee~!

Aku dah tak ingat kol brape abes meeting. Rsnya dekat kol11 mlm. Aku n hubby trus blk umah lepas tu. 11.45 mlm kitorg sampai umah. Sempat lagi layan muvie. hahaha~!



~Chek Mek Molek~



~Kereta paling panjang setakat ni yang aku pernah tgk. hahaha~




~Kitorg isi minyak jap~

Wednesday, March 10, 2010

~Autumn in My Heart~

17 degree C!! fiuhhhh~!!!bg aku sejuk. Maybe bg org len biase aje. Aku?ggggrrrr!!! rs macam Eskimo jerk! Hahaha~!..it’s ok..take ur time dear..lama2 nanti get used la tu. (hubby ckp).


Ni la 1st time aku dpt merasa autumn. Last year aku dtg jap jer 2 week. Winter plak. Adudududu~~!! Memang tejukkkkkk sgt333333!!!!nak mandi pon mesti hot water. Klw tak, pakai xmandi lerr aku! Ehiks~!


Alhamdulilah, dah 100 hari aku di bumi kangaroo. 100 days!! Hahah~
Isnin malam baru2 ni aku ikut hubby gi men futsal dgn kwn2 dia. Sblom smpai gelanggang futsal, kitorg drop umah Ihsan. Amik Ihsan n Azri. Mula2 hubby dpt mesej dr Sani ckp ade futsal kat tmpt n masa sekian nya. Aku yg terbaca dulu. Ekekeke~!. “Hubby, nak ikot!plssss?”, kata aku tak semena-mena. Kuikuikui~! “ikot?gi mane?opis ke?”, balas hubby. “alaahhhh..takkan gi opis je ayg leh ikot..ngeee” ‘ reply aku plak. “Sowi..ayg dah terbaca msj Bie. Ayg tgh men game td tup2 ade msj. Teropen trus gitu. Ngehehe”’


Yehuuuuu!!!aku dpt ikot!!!. Aku sbnrnya tertido ptg tu lepas keje (babysitter). Ehee~!. Pastu mata celik cerah je di mlm nyer. Apa lagi, nak ikotlaaa hubby gi men futsal. Bukannya slalu. Kehkehkeh~!


Aku hampir ditinggalkan sbb lmbt siap. Bukan siap apepon. Aku ralit tonton tv. Hubby nak kuar 9.15 mlm. Aku terleka seketika. Kitorg dah dinner dah. Dah selesai tggjwb aku, barulah aku buang ms layan FB, blog, tv etc..alamak!!bie dah siap! Tanpa lengah2 aku trus siap. Yg pastinya baju sejuk wajib aku pakai. Menggeletar klw aku xpakai bg sejuk biasa je pon.


Smpai tmpt futsal tu, aku tgk ade magazines Angelina Jolie n Brad Pit. Layan jap. Syok gak baca kisah dua artis Hollywood ni. Ehehehe~..ade yg boleh diteladani, ade yg tak boleh diteladani. Pandai2laa pikir baik buruknya yer saudara saudari sekalian alam. Eheee~!


Aku suka court yg 1st diorg men. Ade magazine mcm2 leh layan. Bestnyerrr lah klw ade geng leh men futsal jugak. Tp aku tak kenal sgt Malaysian girl yg undergrad kat cni. Aku dah jadi wife org. maybe diorg taknak kwn dgn aku sbb tu kot. Ye ke?uhuhu~..takpelah…kwn dgn hubby pon takpe..


Hmmm…kol12 mlm abes. Blk umah. Antar Ihsan n Azri dulu.
Angin mlm mmg laaa sgt sejuk. Wawawawa~..aku takot xtahan winter nanti. Ya Allah..bantulah aku. Heater ade. Hubby dah siap2 awal lg heater tu. Thanxs Bie~!







Aku terpaksa memakai sebegini rupa even dlm umah. bangun pagi jer sakit tekak, hidung tersumbat. sbb sejuk. sebaik aku jenis kuat minum plain water. baguz untuk kesihatan.


Saturday, February 27, 2010

~Northern Light - 50th Anniversary Adelaide Festival Pyrotechnics SHow~

Wow! It’s soooooo amazing!!! What a wonderful night that I had. Thanks God for giving me this kind of experience.

Malam tadi aku n hubby kuar dr umah..ermm..Jam 2115 pm cam tulaa…xbrape hingat exact time. Kami drop jap kat ofis hubby. Beliau mau check project. He is running something that take a couple of days to finish it. Cian hubby caye. cob!cob!cob!..takpe Bie, where there is a will, there is a way! Jia yok3!..bukan ke Bie slalu nasihatkan ayg camni? Ehiks!.

Lama gak kat ofis beliau. Sambil beliau mengadjustkan ape yg patut, aku layan FB..Friendster.. youtube..YM (masuk jap tgk mak ayah aku ade tak. Slalu kitorg webcam thru YM. Pastu nangis!wawawa!rindu! tp takde plak mlm ini. Takpelah, next time..esok2 ke..yg pasti wiken coz mereka keje)..layan punya layan sampai dah dekat kol 11 lebeh. Opps! Bie! Kol  brape kita nak gerak ni?ngee~

Laa..abang dah siap ni ha..tunggu ayg lerr…dok layan FB smpai tak perasan abg dah siap. Ekekeke! Sowi Bie, ayg tgh usrah dgn sorg kwn kat FB ni. Kwn aku baru putus tunang. Dia mohon nasihat dan pandangan aku ckit sebyk. Aku tolong setakat mampu. Alhamdulilah, hasil pengalaman aku, aku kongsikan bersama kwn aku itu. Dia berasa lega setelah berterus terang dgn aku. Kawan tetap di hati jugak tapi tak boleh la lebeh dari hubby. Wehehehe~

Ya Allah!punyerlaaa pnjang aku ngarut pasal kat ofis hubby jer. Kuikuikui~..sowi guyz!
Okeh sambung topik utama ya murid2. Kita kat mn td?muahaha! ada ke patut cikgu tny camtu blk pd murid2??tak boley sebenarnya. Itu menunjukkan kita tak bersedia. Walau kdg2 memang kita tak bersedia pon, kita mesti tunjukkan sentiasa bersedia supaya murid2 akan percaya dan memandang hebat kepada cikgu-cikginya. Ngehehe~

Lerrr…aku ngarut lg. sowi skali lg. hmmm…arrr! Aku lupa..haa…kol 11 lebeh tu Kak Aiyu call. “Efa katne dah?Kitorg siap amik gmbr free ni kat Art Gallery. Siap boleh print trus lagik. Cepatler dtg, kang terlmbt dah abes promotionnya.” kata Kak Aiyu. “Alahai kak..kitorg br nak gerak ni..ehehe..okeh2..kitorg nak gerak dah ni..thanxs akak. Eh, akak blk kol bape?” tnya aku plak. “Akak nak blk dah ni, Ukail dah ngantok, kang dia ngamuk kat cni susah plak”, reply Kak Aiyu dlm perbualan kami. Pastu dah buat ending sume, aku n hubby cargas ke city.

Event tu abes kol2 pg. sbb tu kitorg rilex jer dulu. Kat cni susah nak dpt jalan mlm2 sbb mlm kat cni boring except jumaat mlm. Hahaha~. Aku tak pasti kol brape aku n hubby sampai city. Tapi yg pastinya sampai je kitorg trus gi cari Art Gallery yg dikatakan Kak Aiyu. Maklumlah gmbr preeee..sape tak ndak!!!kehkehkeh~..Alamak!dukacita dimaklumkan..kami tiada rezki waktu itu. Sedah lengang pon. Tak de org berpusu2 rebut2 nak amik gmbr preee…uhuk uhuk uhuk.. Takpelah Bie..kita kan ada camera Panasonic Lumix DMC-LZ8. Boleh 5x optical zoom tau! Ngehohoho~..(macamlerr hebat sgt. Ahaks!). kitorg tak kisahlah. Janji dapat gak amik gmbr. Hubby aku bukannyer nak bergmbr sgt. Aku je beria2. Hahaha. His job as usual. He’s being my cameraman. Me as a model. Kuhekuhekuhe! Tah pape aku nih. Ampun.

Maka dengan itu, bermula lah episod aku menjadi model sekejap. Muahaha~..snap sn..snap cni..click sn..click cni..click jangan tak click! Kihkihkih~..dah abes smpai hujung sn kitorg round n snap. Kitorg patah blk nak blk dah ler..elok2 sampai ke building yg terakhir, LUP!! Sume lampu dah terpadam. Dah abes rupanya. Manelaa nak sedar dah dekat 2 pagi. Sebaik kitorg sempat gak amik gmbr sume building td. Fiuuhhh!!lega. kalau tak ngamuk gak aku. Ngehehe~..bukan ngamuk kat hubby la..ngamuk kat wall building tuh. Heee~

Hmmm…leteh n mata pon memang dah ngantok. Aku ok jugak sbb dah tertido ptg td lepas mama Nu’man amik Nu’man. Hubby gi men bola. Dia mmg sukerrr sgt men bola. Go!go!go hubby!. Minat beliau yg sememangnya aku minat jugak. Hik! We are meant to each other laa Bie..ecewah!~ kalau hubby letey sgt, slalunya aku akan ganti tmpt beliau as a driver. Alhamdulilah, skill aku merempit moto masa di U dulu, aku boleh drive (apa kaitannya?ohoho). Ehehe. Bukan merempitlaa sebenarnya tp aku suke sgt bwk laju2. Sampai coursemate aku ckp, nmpak macam papan melayang-layang dibawa angin. Muahaha~ takpelah, itu cerita zaman belajar.

Hmmm…aku suker men netball. 1st week aku sampai cni, aku dah mintak no tefon Nik Aisyah. Dia team leader for netball team kat cni rasanya. Aku nak join jugak. Aku adelaa msj2 dgn dia. Alahai…rupa2nya dia dah abes. 31dec 09 ticket dia pulang ke Mesia for good. Aku br je dpt kwn yg sekepala dgn aku. Takpelah Nik, kita borak2 via FB pon takpe. Lgpon, april 2010 dia dtg cni smule for convocation. “Bie, kat BIG W ade sale bola netball. Ermm..$5.98 rsnyer la Bie. Br jap td ayg tgk leaflet BIG W. jom beli nak?” aku mencuba nasib. Haha. “ermm murah gak tu.” Itu je ayat beliau. Aduhai. Cuba lagi di lain masa. Gunakan skill yang ada.

Oklah..aku nak stop dah sbb nak nonton tv pulak. Aku dah siap msk lunch for my luvly hubby. Hubby gi opis jap pg nih. Ada hal penting. Kwn beliau dr Singapore mintak tulun. Hubby cakap kat aku, kwn beliau itu seorang kawan yang sgt baik. Kalaulah dia boleh mengucap kalimah syahadah. Ehehe~.
Ok..ok..ok..ok…sudah2..panjang sgt dah ni. Bye kawan2. Salam. Namaste (Hindustan).

 Ni jelaaa hasil aku n hubby pada mlm tadi. (1st pic ni kat ofis hubby). heh~


 


  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


 

Sekian, wasabi! eh, wasalam. ngee~

Wednesday, February 24, 2010

~Pot luck Cikgu-Cikgi~

Day/Date : Sunday/21st Feb 2010
Place : Bonython Park
Time : 10.00 a.m. – 1.00 p.m.

Pot luck is a common word for a wife. No matter she works or not, she’s part of it. Hahaha~

Memanglah. Dulu masa mengajar pon ade gak kwn2 yg slalu ajak wat pot luck. Kata diorg, “burink ar makan kat kantin, takde lauk lain ar..ari2 lauk yang sama. Bosan ar. Jom kita wat pot luck nak?”.
Maka tersebutlah kisah pot luck cikgu-cikgi di dalam sebuah sekolah. Muahahaha~

Hampir sebulan kitorg buat pot luck. Pelbagai aneka jenis makanan yang kami dapat makan. Masing-masing terasa kekenyangan dan puas hati dengan menu yang disediakan setiap hari. Jumlah cikgu-cikgi yang join pot luck kami ni taklaa ramai sangat. Katakan jumlah cikgu-cikgi sekolah kami 65 orang. Tapi yang join tu adelaaa dlm 50%. Hahaha~ tak ramai hang kata?!. Muahaha~. Memanglaa jumlah yang agak ramai sebab……dengan kehilangan 50% cikgu-cikgi, akan menyebabkan makcik kantin berasa sangat hairan dan aneh. Apakah yang telah berlaku?. Apa sudah jadi dengan kantin aku?dulu setiap kali habis kelas ramai je cikgu-cikgi melepak kat warung aku?sekurang2nya pekena kopi or teh tarik secawan?. 

Hmmm….aku dulu pon macam tu. Kelas yang aku ajar kebanyakannya dekat dengan kantin. Tingkatan 4. Tapi sekarang kenapa muka aku pon susah nak nampak bertepek kat kantin mengisi pewot yang dahagakan makanan. Hahaha~

Maka episod seterusnya bermulalah edisi penyiasatan makcik-makcik kantin. Ada yang buat2 sembang dengan student. Kot2 ade tak nampak cikgu-cikgi ni dok usung makanan dalam tupperware dari kereta diorg?. Bdk2 ni kejanya bukannya mengendap cikgu-cikgi tapi datang belajar. Nampaknya penyiasatan terhadap seorang budak tidak berjaya. Ada pulak yang menyiasat dengan cara berjumpa dengan pengetua. Hajat nak sampaikan perkara lain pada mulanya tetapi rupa2nya mengintaiku dikamarmu. Aiseh…tajuk lagu daa…entah btol entah tak. Haha. Aku pon tak tau. 

Akhirnya, terbongkarlah rahsia cikgu-cikgi selama ini. Hahaha. Aku muka slumber je rasa macam tak bersalah. Sebab pengetua sedang mencari siapakah “ketua” disebalik semua ini. Kehkehkeh!. Semua orang bersepakat tidak akan membuka pekung di dada. 

Aku “ketua”???!!. Tidak mungkin itu akan berlaku. Aku ni hanyalah guru yang baru posting. Aku mesti ada pegangan aku sendiri. Tidak mudah terikut-ikut dengan gejala-gejala yang mungkin boleh menjeaskan reputasi aku sebagai cikgi. 

Hmmm…sebenarnya…tidak salah buat pot luck di sekolah pon. Tiada langsung niat di hati cikgu-cikgi untuk boikot makanan kantin tapi cikgu-cikgi ini mahu memberi kesedaran kepada makcik kantin bahawa pelbagaikanlah makanan anda. Cuba buat perubahan. Tanyalah kepada sekolah mana pon. Setiap warga sekolah mendambakan makanan yang enak, bersih, berkhasiat dan pelbagai. Aku tak pernah dapat makan lunch sebab kalau aku pergi jer sume lauk dah abes. Memang sedeh. Tp aku tak kisah sangat cuma kdg2 aku tak sempat breakfast, ingatkan dapatlaa mengisi pewot ku di kala tgh hari. Namun demikian, aku tetap hampa. Tidak mengapalah, kataku dalam hati. Ehehehe~

Hmmmm…itulah kisahnya pot luck di sekolah ku.

Alhamdulilah, di sini konsep pot luck yang diadakan adalah digalakkan. Siapa lagi kita akan berhubungan melainkan warga Negara kita. Kita di tempat orang. Susah hidup kalau tidak berkawan dengan orang. Pot luck kali ni aku wat sushi!kahkahkah. sushi lagi. Ngeh3!

Program seterusnya, 28 Feb 2010 ni pulak. Kali ni Welcoming BBQ 2010. Lagi best dan meriah sebab melibatkan semua Malaysian. 21 Feb tu untuk postgraduate je. Kali ni aku n hubby mesti pergi. Lagi ramai kita jumpa orang, lagi banyak kawan kita kan. Hidup ini mesti berkawan. Bukan jadi katak di bawah tempurung. Hahaha. 


  
~ngehik!~

  
~wow!pelbagai!~

  
~Kak Aiyu yang pandai masak!sgt hebat!~

  
~haaa...ni la Nu'man, bdk yang dijaga oleh aku. ni mama Nu'man~

  
~Cikgi yang mencari kehilangan hero nya!muahahaha~

  
~haaa...ni pulak Tihani, Nu'man's sister~

  
~ecekeceh2!ehik! ini Umar, Kak Haiza's son. kembang hidup aku dukung dia. sangat 'ringan'~


 
 ~Fewitttttt!!! ending cerita~

HIDUP MESTI GEMBIRA DAN BAHAGIA KERANA ESOK MUNGKIN TIADA. 
tetiba aku teringat skrip filem Kal Ho Na Ho. Selamat Menonton. 

Friday, February 19, 2010

~Marion Shopping Complex~

Kenapa pegi cni?sbb nak cari swimming suit for Muslim especially for Women. Hmmm…tp hampa je..mmglerrr susah nak jumpa klw cari kat cni. Kat mesia sure berlambak. Mksd sy satu set dgn tudung mmg takde. Klw setakat long sleeve shirt for women adelaaa..uhuhu~..takpelah. lgpon, kak Sofurah dah bagi swimming suit satu set baju n tudung cuma tak bersambung baju n tudung. Kak Sof ada 2 psg. Dia punya swimming suit baju n tudung bersambung. Heh!

Kak Sof ni mmg sgt baik orgnya. Dia further phD kat cni. Anak bongsu dia nama Muhammad Nu’man sy jaga. Ehee. Kiranya keje sy skrg a babysitter lah. Eheehee. Kata orang berkat jadi babysitter ni supaya cepat2 dapat pregnant anak sendiri. Alahai…bilalah..Usaha Tangga Kejayaan! Bak kata hubby, “Where there is a will, there is a way”. Jia yok3! Be strong Ipah! Fiiiuuuhhhh~

Hmmm..kalau bab masak mesti sy akan refer Kak Aiyu. Hahaha~..Kak Aiyu, tolong..rs dah kering idea nak masak ape ari ni. Maka dgn kuasa bulan Kak Aiyu akan menyalurkan beberapa resepi yg menjadi fevret sy. Ehee~..Thanxs Kak Aiyu!

 
~hubby paling suker gmbr ni - lepak kat Mawson Lake (area ofis hubby)~


 
~dia yg nak amik gmbr dgn sy..well..sy tak kisah!muahaha!joke~

 
~alang2 dh sampai cni, layan ar muvie jap~

 
~lepas tu gi swimming..rs rilex n tenang sgt esp hubby, cian dier..byk keje~

  
~kanak2 ade jugak dtg swimming class. kindergarten dah diajar cara berenang. best kan?~



Hmmmm...tgk education style kat cni..rs mcm nak stay trus je..sbb byk yg kita boleh contohi. 
Bak kata hubby lagi, Kepimpinan melalui Teladan.



Thursday, February 18, 2010

~Sushi~ wahahaha~

Inilah kali pertama dalam hidupku menghasilkan makanan yg berasal Jepun/Korea iaitu Sushi. 1st time buat trus jadi!. Perghh!tak sangka sebenarnya. Dah tu..buat lg for 2nd time. Sudah! Jadi lg! ngehee~..sudahnya dah addicted..muahaha~..klw ade potluck bila2 je msti sy akan buat Sushi. Kuikuikui~…

Sy memang suka mkn sushi. Hubby pon. Hrpnya anak2 nti pon suka jugak. Umor 1thn jagung je sy trus nak ajar dia mkn sushi. Ehehe. Biasakan dr kecik, kata org tua2.

Resepi nya sy ciplak la dr internet. Search je trus kuar! Jeng..jeng..jeng!..mula2 bc mcm leceh jer..dah cuba br tau!..ngehee~..skrg dh takyah tgk kertas. Sume dlm kepale. Syukur. Sy dah pandai masak.

Beza sgt2 ms sy sblm kahwin dgn slps kahwin. Byk perubahan positif berlaku dlm hidup sy. Credit for my hubby!..Luv u hubby!mucho2!..He’s the best husband in the world! (opps!mcm penah kawin je b4 ni!hahaha!taklaa..ok).

Asuhan suami dan asuhan keluarga mmg lain. Asuhan keluarga ikut acuan keluarga lah, asuhan suami ikut acuan suamilah. Btw, kedua2 asuhan ini memberi impak yg sgt positif dlm hidup sy.

Hmmm..oklah, sy nak out dah. Sy jadi babysitter skrg. Ms sy tulis ni bdk yg sy jaga sdg tidur. Ehee~

Haaa..ni laa sushi yg telah sy hasilkan..tp xingat kali kebrapa dah…muahahaa~

 

  

Bye.


(Opps!lupa plak. klw u guyz nak resepi nya bleh search je kat internet. sy dah lupe sbnrnya mn sy save resepinya. ehee~..sowi)